Sunday 5 August 2012

Tingkah laku Bermasalah

Tingkah laku bermasalah yang wujud di semua sekolah boleh menjejaskan proses P&P terutamanya di dalam bilik darjah. Oleh itu, seorang guru harus tahu mengenali perlakuan pelajar yang dikatakan sebagai bermasalah.
Jelaskan lima jenis tingkah laku bermasalah yang terdapat di sekolah.
1. Tingkah laku yang menghalang
                -      Tingkah laku bergantung yang menghalang dan membahayakan    
  pelajar sendiri. Terlalu bergantung kepada rakan sebaya atau guru  
  untuk menolongnya menyelesaikan masalah pembelajaran dan 
  tugasan
-       Faktor asuhan perlindungan melampau oleh ibu bapa, konsep 
     kendiri lemah
2.       Tingkah laku yang mengganggu
a.      tingkah laku disruptif yang menghalang kelicinan dan keberkesanan P&P di bilik darjah
b.      Hiperaktif atau kelakuan nakal
c.       Faktor kesihatan pelajar, iklim bilik darjah yang kurang kondusif, pengajaran guru kurang menarik

3.       Tingkah laku distruktif(anti social/ merosakkan)
a.      permusuhan yang nyata
b.      Faktor konsep kendiri negative akibat pengaruh media massa dan sumber teknologi,perasaan kecewa
     
4.       Tingkah laku Bimbang ( Anxiety )
a.      perasaan kurang senang yang disebabkan oleh suatu praalamat bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.Phobia, emosi ketakutan atau bimbang
b.      konflik tingkah laku
c.       kesukaran penyesuaian dengan keadaan baru

5.       Tingkah laku murung
a.      keadaan sedih-termenung dan berkhayal
b.      Masalah keluarga,kegagalan mencapai sesuatu,konflik kurang kasih saying ibu bapa ,putus cinta
c.        
6.       Tingkah laku Proaktif
a.      sentiasa aktif dan bertindak dengan penuh semangat,
b.      Faktor naluri ingin tahu yang terlalu tinggi dan kurang sabar



Personaliti

DPLI
IPG KAMPUS  KENINGAU SABAH.

MATA PELAJARAN: ILMU PENDIDIKAN

TAJUK:  PERSONALITI

FAKTOR-FAKTOR  YANG  MEMPENGARUHI PERSONALITI

Personaliti sangatlah kompleks . Justeru itu kita hanya dapat mengkaji faktor-faktor am yang mempengaruhi  pembentukannya . Sesuatu faktor itu mungkin meninggalkan kesan yang lebih penting berbanding dengan faktor lain.

BAKA
-          Faktor genetik
-          Bentuk tubuh badan
-          Keadaan fizikal
-          Kecerdasan
-          emosi

PERSEKITARAN

-          Pengaruh keluarga
-          Pengaruh kawan
-          Pengaruh sekolah
-          pengaruh media
-          pengaruh sosiobudaya


Pastikan anda boleh menghuraikan setiap faktor di atas dengan baik.

ISU

Apakah faktor yang paling dominan? Baka atau persekitaran?

-          Baka meletakkan had-had personaliti yang tidak dapat dilintasi untuk perkembangan seterusnya walaupun di persekitaran yang baik. 
-          Pengaruh baka lebih dominan bagi ciri-ciri fizikal jika dibandingkan dengan pengaruhnya terhadap intelek.
-          Personaliti sosial lebih dipengaruhi oleh  oleh persekitaran daripada baka.


UJI MINDA

1)     Berikan tiga sebab  individu perlu mengenal pasti personaliti sendiri. Perlukan kita kenal pasti personaliti orang lain? Mengapa?

2)     Renungi personaliti anda sendiri  dan pastikan apakah baka atau persekitaran yang lebih banyak mempengaruhi personaliti anda.

3)     Pilih  seorang tokoh yang anda kagumi dan cuba pastikan apakah jenis personalitinya dan faktor utama yang mempengaruhi personaliti  tokoh tersebut.

4)     Jelaskan  implikasi perbezaan personaliti murid  terhadap pengajaran  dan pembelajaran?




















Personaliti

PERSONALITI

Contoh Soalan dan Jawapan.


1. Tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh seorang murid itu mungkin disebabkan oleh perbezaan personaliti seseorang murid itu. Seorang guru perlu bijak dan mengetahui personaliti dan ciri-ciri tingkah laku muridnya bagi memudahkan ia mengendalikan murid tersebut.

Apa yang dimaksudkan dengan personaliti dan bincangkan jenis-jenis personaliti yang ada pada seseorang murid?

Jawapan.

Personaliti adalah cirri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seseorang individu tetapi berbeza dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan seseorang individu dan dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah lakunya di dalam situasi pada ketika itu.

Jenis atau kategori personaliti
Ambivert
Introvert
Ekstrovert
Kontinum
 










  1. Introvert
-       Seorang yang sentiasa menyimpan perasaan dan emosinya dalam situasi nyata.
-       Dalam interaksi sosial, murid ini tidak banyak bercakap dan banyak masanya ditumpukan mendengar pertuturan orang lain.
-       Bersifat serius, pendiam dan pemalu, tidak mempunyai cita tinggi, jarang mengambil inisiatif tetapi suka kepada system peraturan yang teratur.

  1. Ekstrovert
-       Individu yang lebih suka dunia luar dari dunia dalam
-       mempunyai semangat yang aktif dan suka bergaul dengan orang, sentiasa suka melibatkan diri dalam aktiviti social, sering mengambil inisiatif sendiri, suka perubahan, sering cepat membongkar perasaannya tetapi cepat pula mengubahnya.

  1. Ambivert
-       Individu atau murid yang mempunyai kedua-dua cirri introvert dan ekstrovert dan perubahan personality bergantung kepada perubahan situasi.
-       Orang jenis ini biasanya aktif tetapi sensitive, suka berkawan tetapi memilih kerja berseorangan, bertutur lancer tetapi berfikir sebelum memberi pendapat.







Konsep Kendiri

KONSEP KENDIRI

1.  H.V Perkins dalam bukunya Human Development and Learning (1974) berpendapat konsep diri (konsep kendiri) terdiri daripada persepsi, kepercayaan, perasaan, sikap serta nilai yang khusus dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya.

(a)  Konsep kendiri seseorang boleh digolongkan dalam dua kategori.
     Jelaskan dua jenis konsep kendiri tersebut? (4 markah)

i)             Konsep Kendiri Positif
-       mempunyai personaliti yang harmonis dan seimbang.
-       Bersifat tenang dan penuh ketabahan apabila menghadapi cabaran.
-       Menikmati lebih banyak kejayaan daripada kegagalan.
-       Bersifat bertimbang rasa serta pandangan terbuka.
ii)            Konsep kendiri Negatif
-       sahsiah tidak seimbang dan mempunyai kompleks rendah diri.
-       Pasif dan tidak suka bergaul atau bekerjasama dengan orang lain.
-       Kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri dan tidak berani mencuba.
-       Mempunyai perasaan curiga, prasangka dan tidak percaya orang lain serta diri sendiri.


(b)  Berdasarkan penjelasan diatas, nyatakan 3 cara guru boleh membantu murid dalam pembentukan konsep kendiri yang positif semasa pengajaran dan pembelajaran. (6  markah)

i)             Memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada usaha pembelajarannya.
ii)            Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan murid dalam proses pembelajaran.
iii)           Mengajar murid-murid mengikut kebolehan mereka supaya mereka sentiasa menikmati pengalaman berjaya, dan seterusnya meningkatkan perasaan penghargaan diri dan keyakinan.
iv)          Menerima murid-murid sebagai dirinya.
v)            Menggalakkan interaksi positif di kalangan rakan sebaya.
vi)          Memberi peluang kepadanya memainkan peranan yang penting.
vii)         Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru.

Helah bela diri

Helah bela diri merujuk kepada cara atau taktik seseorang  memberi alasan tentang sesuatu tindakannya, sedangkan alasan yang diberikan itu bukan sebab yang sebenarnya. Huraikan jenis-jenis helah bela diri mengikut Davidoff (1976).

Jawapan.
Terdapat dua kategori helah bela diri, iaitu helah bela diri aktif dan helah bela diri pasif.
1.    Helah Bela Diri Aktif.
a.    Sublimasi: Cara yang mana seseorang menyalurkan kekecewaan kekurangan atau kekosongan yang dialami kepada aktiviti lain yang sihat.
b.    Rasionalisasi: Penjelasan yang diberikan oleh seseorang terhadap tingkah lakunya dengan tujuan menyembunyikan tujuan yang sebenar demi menjaga ego atau harga dirinya.
c.    Pemindahan: Memindahkan perasaan yang kurang manis daripada sesuatu objek kepada objek yang boleh menerimanya.
d.    Projeksi: Membalikan konflik atau kelemahan dalam dirinya kepada orang lain.
e.    Introjeksi: Menyerapkan ke dalam dirinya dengan menyamakan ciri-ciri orang lain yang disukai atau disanjungi.
f.     Pembentukan Reaksi: Menafikan sesuatu keinginan yang telah disembunyikan dengan melakukan sesuatu yang bertentangan.
g.    Kompensasi: Melakukan sesuatu aktiviti yang hampir sama dengan tujuan menggantikan sesuatu aktiviti yang tidak berupaya melakukannya.
h.    Fantasi: Membentuk khayalan atau angan-angan dengan tujuan mengurangkan perasaan yang pahit atau tidak diingini.




2.    Helah Bela Diri Pasif.
a.    Represi: Mengalihkan kesedaran sesuatu ancaman dalam minda dengan cara melupakannya.
b.    Penafian: Menyakinkan diri bahawa sesuatu ancaman tidak akan berlaku atau tidak ada.
c.    Agresi: Tindakan mencederakan atau merosakkan punca kekecewaan atau ancaman.
d.    Regresi: Pengunduran diri dengan mengulangi tingkah laku yang kurang matang seperti menangis.

Guru yang bersifat penyayang dan membimbing murid-murid dengan penuh dedikasi akan menjadi Role Model untuk membentuk personaliti mereka yang positif. Jelaskan cara-cara mengendalikan personaliti Introvert dan Ekstrovet.

Jawapan.
Introvert.
1.    Murid yang mempunyai ciri introvert diberi motivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.
2.    Menggunakan murid-murid yang mempunyai sahsiah positif.
3.    Memberi peneguhan positif dan pujian.
4.    Melibatkan murid-murid introvert dalam aktiviti kumpulan.

Ekstrovert.
1.    Menggalakkan murid yang mempunyai ciri ekstrovert mengemukakan soalan.
2.    Melantik mereka membimbing murid sedarjah yang mempunyai ciri introvert dalam aktiviti kumpulan.
3.    Memberikan mereka aktiviti pengayaan.
4.    Menggunakan kaedah inkuiri-penemuan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Perbezaan Individu

1)    Nyatakan aspek-aspek perbezaan individu?

Terdapat enam aspek perbezaan individu iaitu aspek fizikal, aspek kognitif, aspek emosi, aspek tingkah laku, aspek sosial dan aspek rohani.

i)             Aspek Fizikal
Setiap individu berbeza dari segi jantina, rupa dan saiz badan serta kemahiran jasmaninya.

ii)            Aspek Kognitif
Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul, menganalisis serta bakatnya.

iii)           Aspek Emosi
Setiap individu menunjukkan emosi yang berbeza dalam situasi yang sama.

iv)           Aspek Tingkah Laku
Perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari segi pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial.

v)            Aspek Sosial
Setiap individu mempunyai cara kehidupan yang tersendiri dan berbeza di antara satu sama lain, termasuk indidu-individu dalam sekeluarga.

vi)           Aspek Rohani
Setiap individu mempunyai falsafah hidup dan keagamaan yang berbeza dengan individu yang lain

2)         Nyatakan perbezaan individu yang tedapat di dalam sesebuah kelas.

Jawapan:

  1. Murid-murid berisiko atau bermasalah dari aspek intelek atau emosi dan sosial.

  1. Murid-murid pelbagai kebolehan khasnya darjah kecerdasan (IQ) ataupun potensi yang berbeza.

  1. Murid-murid pelbagai berdaya dari pelbagai kaum dan agama.

  1. Murid-murid pelbagai sosial – kelas sosial atas, tengah dan bawah.

  1. murid-murid yang mengalami proses sosialisasi yang berbeza, khasnya di rumah dan interaksi dengan rakan sebaya.

  1. Murid-murid yang berbeza dari lokasi Bandar dan luar Bandar.


3)         Perbezaan perkembangan individu di dalam sebuah bilik darjah telah mewujudkan masalah pembelajaran. Berikan 3 contoh masalah pembelajaran yang biasa berlaku dan cara menanganinya. (10m )

Masalah Pembelajaran (6M)
1.            Murid kurang mampu membuat kesimpulan dan kurang memahami tentang pelajaran yang abstrak.
2.            Murid biasanya kurang cerdas, lambat berfikir dan bertindak serta cepat lupa kemahiran atau fakta yang baru dipelajari.
3.            Murid tidak bermotivasi untuk belajar, tidak tahu belajar dan cara menyelesaikan masalah serta tidak berdisiplin semasa belajar.

Cara menangani (4M)
1.            Program pemulihan
2.            Aktiviti Kumpulan
3.            Pengayaan
4.            Perhatian dan bimbingan dari guru samaada secara individu/ kumpulan

Motivasi

Apakah yang mempengaruhi motivasi seseorang?

  1. Naluri ingin tahu
  2. Minat
  3. Sikap,harapan dan aspirasi
  4. Desakan dan keperluan

Jelaskan ciri-ciri motivasi.
*      Merupakan suatu inisiatif untuk mencapai sesuatu matlamat yang ditentukan.
*      Diwujudkan akibat keperluan fisiologi dan psikologi.
*      Aras motivasi adalah kadar terus mengikut kadar keinginan, semakin kuat keinginan mencapai sesuatu matlamat akan menjadikan semakin tinggi motivasinya.
*      Tidak diwarisi dan tidak wujud secara semulajadi.

Jelaskan  2 jenis motivasi?

  • Motivasi Intrinsik
  • motivasi Ekstrinsik

    Motivasi Intrinsik

Ø  Motivasi ini wujud dari dalaman seseorang individu.
Ø  Desakan dalaman atau dorongan dan minat seseorang individu untuk melakukan sesuatu tanpa berharap atau meminta sebarang ganjaran.
Ø  Naluri ingin tahu
Ø  Melakukan aktiviti kerana suka atau gemar
Contoh :
§  Bermain sebuah lagu di piano sehingga mencapai kepuasan diri.
§  Bermain permainan Video sehingga tamat.

.
   Motivasi Ekstrinsik

Ø  Motivasi jenis ini merupakan dorongan luaran dengan tujuan menggerakkan orang untuk melakukan sesautu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya.
Ø  Motivasi ini boleh dirangsangkan dalam bentuk memberi pujian, insentif,hadiah,gred,dan membentuk suasana dan iklim persekitaran yang kondusif untuk mendorongkan murid  belajar.
Ø  Motivasi Ekstrinsik amat menekankan pada ganjaran kerana melalui ganjaran ini akan mendorong sesuatu tingkah laku yang diingini berlaku secara berterusan.
o   Contohnya belajar bersungguh untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
o   Menyiapkan kerja sekolah supaya diberi pujian oleh guru.
Apakah kepentingan motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran?
  1. Diwujudkan akibat keperluan fisiologi dan psikologi.
  2. Aras motivasi adalah kadar terus mengikut kadar keinginan
  3. Tidak diwarisi dan tidak wujud secara semulajadi.
  4. Merupakan suatu inisiatif untuk mencapai sesuatu matlamat yang ditentukan.

Bagaimanakah seseorang guru dapat meningkatkan motivasi murid-murid di dalam bilik darjah?

Motivasi ditakrifkan sebagai satu alternatif daripada luaran ataupun motif daripada dalaman yang dapat menggerakkan  seorang individu untuk melakukan sesuatu tingkahlaku.  Seseorang guru dapat meningkatkan motivasi murid-murid disekolah dengan cara-cara berikut:
  1. Memenuhi semua keperluan murid
Seorang guru mesti memastikan  ia memenuhi semua keperluan fisiologi dan psikologi murid-muridnya.
Keperluan-keperluan ini,  merangkumi aspek-aspek seperti makanan, kebersihan, keselamatan, pernafasan, kebebasan, perhatian, dan pengiktirafan serta pujian yang diberikan kepada murid-murid dalam bilik darah.  Guru juga mesti memastikan yang dia membina hubungan yang positif dengan setiap muridnya.

  1. Menjelaskan objektif/ matlamat sesuatu pengajaran
Seorang guru mesti membantu murid memahami ekspektasi atau jangkaan hasil pembelajaran dalam setiap sesi pengajarannya
Dia mesti menjelaskan kepada murid objektif atau matlamat pengajaran untuk setiap tajuk yang diajarnya.
Dengan cara ini, pemikiran murid-murid dapat memfokus kepada isi-isi penting yang disampaikan oleh guru kerana mereka sudah pun jelas tetang objektif pengajaran dan pembalajaran.

  1. Memberi peneguhan yang bermakna dan berkesan
Guru mesti ada kebolehan untuk memberikan peneguhan yang bermakna dan berkesan kepada murid-muridnya.
Guru juga mesti memastikan yang dia dapat  memberikan  peneguhan yang sesuai dengan personaliti dan tingkahlaku setiap muridnya.


  1. Membantu murid menetapkan matlamat yang realistik untuk di capai.
Seorang guru mesti menjalankan projek-projek dan aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan tahap pencapaian dan aras kognitif murid-murid.
Tindakan-tindakan ini akan menimbulkan rasa kejayaan dan murid-murid akan rasa lebih terdorong untuk membuat tugas-tugas pembelajaran seterusnya yang diberikan oleh guru.

  1. Menimbulkan minat dan perasaan ingin tahu murid
Guru mesti menimbulkan minat dan perasaan ingin tahu yang merupakan naluri semulajadi setiap individu. 
Guru mesti memastikan bahawa dia dapat menimbulkan perasaan ingin tahu  ini seta meningkatkan penglibatan murid ke tahap yang paling optima di dalam bilik darjah.
Guru juga boleh meningkatkan motivasi intrinsik murid melalui aktiviti-aktiviti penerokaan dan inkuiri( penemuan).

  1. Unsur suspen dan kecindan
Guru mesti mengaplikasikan pemikiran kreatif dan kritis serta memikirkan  aktiviti-aktiviti yang berlainan dan penuh suspen dalam merancangkan langkah-langkah pengajarannya.
Guru juga harus menggunakan unsur kecindan semasa mengajar  untuk  menimbulkan rasa seronok dikalangan muridnya. 

  1. Mempelbagaikan aktiviti yang diminati murid
Guru juga perlu memastikan kepelbagaian strategi pengajarannya dengan menggunakan kaedah, strategi dan teknik-teknik  pengajaran yang berlainan seperti lakonan, permainan, projek, perbahasan,  simulasi, demontrasi,  bercerita dan sebagainya.
Guru juga perlu mengintegrasikan komputer dan internet serta aplikasi-aplikasinya seperti jaringan web sedunia, kumpulan berita dan senarai mel dan proses pengajaran  dan pembelajaran untuk perhatian murid.

  1. Mengwujudkan aktiviti persaingan
Untuk meningkatkan lagi motivasi intrinsik dikalangan muridnya,  guru perlu mengadakan aktiviti  persaingan dengan menggunakan strategi dan kaedah  pengajaran seperti kuiz,  pertandingan dan ujian ringkas.

  1. Mengwujudkan suasana bilik darjah yang positif
Guru mesti mengwujudkan satu suasana bilik darjah yang positif serta kemas dan teratur kerana ini dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Sebuah bilik darjah yang positif juga mesti bebas dari segala jenis ketegangan. 
Proses pembelajaran mesti berlaku dalam keadaan yang menarik dan guru perlu mengelak daripada menggunakan peneguhan negatif seperti denda dan kata-kata kesat.

  1. Menarik perhatian murid
Guru perlu kreatif dan inovatif dalam memikirkan idea-idea pengajaran. 
Suara guru, cara pertuturan guru dan gerak geri guru dalam bilik darjah juga mesti dapat menarik perhatian murid.
Alat bantu mengajar yang canggih seperti komputer dan alat pasndang dengar dan visual yang diintegrasikan  dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat memotivasikan murid untuk belajar.

  1. Mengamalkan prinsip motivasi entrisik
Guru oleh menggunakan peneguhan entrinsik atau luaran untuk mengukuhkan lagi tingkahlaku positif dalaman murid-muridnya.
Guru boleh memberikan hadiah, bintang, dan pujian ntuk meningkatkan prestasi akademik murid-muridnya. 


Bincangkan   2 Pendekatan Teori Pembelajaran yang berhubungkait dengan   dengan Motivasi

Ø  Teori Hirarki Keperluan Maslow

*      Motivasi yang disebut dalam Teori Keperluan sebenarnya ialah motivasi intrinsik iaitu satu kuasa dalaman yang berada dalam perkembangan fisiologikal dan psikologikal manusia
*      Apabila individu telah mendapat kepuasan dalam sesuatu hirarki, keperluan dalam hirarki yang lebih tinggi akan berlaku secara semulajadi.
*      Mengikut Maslow individu yang mempunyai potensi untuk mengambil inisiatif sendiri dengan tujuan mendapat kepuasan dalam hirarki yang lebih tinggi.

Ø  Teori Behavioris

*      Mazhab behavioris berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.
*      Kajian mereka menunjukkan perubahan tingkah laku dapat dikekalkan dengan menggunakan motivasi yang sesuai
*      Sesuatu rangsangan diikuti dengan perasaan kepuasan akan mengekalkan pengulangan tingkah laku.
*      Untuk mengekalkan pengulangan tingkahlaku yang diingini ,mereka cadangkan penggunaan ganjaran,insentif dan peneguhan sebagai motivasi dalam proses pembelajaran.
*      Tokoh-tokoh Behavioris yang mengaitkan motivasi ialah Thorndike dan Skinner
*      Thorndike merumuskan bahawa ganjaran menggalakkan haiwan dan manusia melakukan sesuatu gerak balas  manakala denda akan menghalang manusia daripada melakukan sesuatu.
*      Skinner merumuskan bahawa peneguhan positif ialah rangsangan penting untuk menambagkan kebarangkalian gerak balas pelajar manakala peneguhan negative membawa kesan yang tidak menyeronokkan akan mengulangi tingkalaku operan yang diingini.

Jelaskan implikasi motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran

§  Membantu pencapaian objektif pembelajaran.
§  Menggalakkan semangat persaingan yang sihat.
§  Menghasilkan suasana pembelajaran yang
       menggembirakan.
§  Menimbulkan dan mengekalkan minat murid.
§  Menarik perhatian murid.
§   Menimbulkan perasaan ingin tahu.
§  Menghasilkan pembelajaran yang bermakna.