Sunday 5 August 2012

Helah bela diri

Helah bela diri merujuk kepada cara atau taktik seseorang  memberi alasan tentang sesuatu tindakannya, sedangkan alasan yang diberikan itu bukan sebab yang sebenarnya. Huraikan jenis-jenis helah bela diri mengikut Davidoff (1976).

Jawapan.
Terdapat dua kategori helah bela diri, iaitu helah bela diri aktif dan helah bela diri pasif.
1.    Helah Bela Diri Aktif.
a.    Sublimasi: Cara yang mana seseorang menyalurkan kekecewaan kekurangan atau kekosongan yang dialami kepada aktiviti lain yang sihat.
b.    Rasionalisasi: Penjelasan yang diberikan oleh seseorang terhadap tingkah lakunya dengan tujuan menyembunyikan tujuan yang sebenar demi menjaga ego atau harga dirinya.
c.    Pemindahan: Memindahkan perasaan yang kurang manis daripada sesuatu objek kepada objek yang boleh menerimanya.
d.    Projeksi: Membalikan konflik atau kelemahan dalam dirinya kepada orang lain.
e.    Introjeksi: Menyerapkan ke dalam dirinya dengan menyamakan ciri-ciri orang lain yang disukai atau disanjungi.
f.     Pembentukan Reaksi: Menafikan sesuatu keinginan yang telah disembunyikan dengan melakukan sesuatu yang bertentangan.
g.    Kompensasi: Melakukan sesuatu aktiviti yang hampir sama dengan tujuan menggantikan sesuatu aktiviti yang tidak berupaya melakukannya.
h.    Fantasi: Membentuk khayalan atau angan-angan dengan tujuan mengurangkan perasaan yang pahit atau tidak diingini.




2.    Helah Bela Diri Pasif.
a.    Represi: Mengalihkan kesedaran sesuatu ancaman dalam minda dengan cara melupakannya.
b.    Penafian: Menyakinkan diri bahawa sesuatu ancaman tidak akan berlaku atau tidak ada.
c.    Agresi: Tindakan mencederakan atau merosakkan punca kekecewaan atau ancaman.
d.    Regresi: Pengunduran diri dengan mengulangi tingkah laku yang kurang matang seperti menangis.

Guru yang bersifat penyayang dan membimbing murid-murid dengan penuh dedikasi akan menjadi Role Model untuk membentuk personaliti mereka yang positif. Jelaskan cara-cara mengendalikan personaliti Introvert dan Ekstrovet.

Jawapan.
Introvert.
1.    Murid yang mempunyai ciri introvert diberi motivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.
2.    Menggunakan murid-murid yang mempunyai sahsiah positif.
3.    Memberi peneguhan positif dan pujian.
4.    Melibatkan murid-murid introvert dalam aktiviti kumpulan.

Ekstrovert.
1.    Menggalakkan murid yang mempunyai ciri ekstrovert mengemukakan soalan.
2.    Melantik mereka membimbing murid sedarjah yang mempunyai ciri introvert dalam aktiviti kumpulan.
3.    Memberikan mereka aktiviti pengayaan.
4.    Menggunakan kaedah inkuiri-penemuan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment