Sunday 5 August 2012

Motivasi

Apakah yang mempengaruhi motivasi seseorang?

  1. Naluri ingin tahu
  2. Minat
  3. Sikap,harapan dan aspirasi
  4. Desakan dan keperluan

Jelaskan ciri-ciri motivasi.
*      Merupakan suatu inisiatif untuk mencapai sesuatu matlamat yang ditentukan.
*      Diwujudkan akibat keperluan fisiologi dan psikologi.
*      Aras motivasi adalah kadar terus mengikut kadar keinginan, semakin kuat keinginan mencapai sesuatu matlamat akan menjadikan semakin tinggi motivasinya.
*      Tidak diwarisi dan tidak wujud secara semulajadi.

Jelaskan  2 jenis motivasi?

  • Motivasi Intrinsik
  • motivasi Ekstrinsik

    Motivasi Intrinsik

Ø  Motivasi ini wujud dari dalaman seseorang individu.
Ø  Desakan dalaman atau dorongan dan minat seseorang individu untuk melakukan sesuatu tanpa berharap atau meminta sebarang ganjaran.
Ø  Naluri ingin tahu
Ø  Melakukan aktiviti kerana suka atau gemar
Contoh :
§  Bermain sebuah lagu di piano sehingga mencapai kepuasan diri.
§  Bermain permainan Video sehingga tamat.

.
   Motivasi Ekstrinsik

Ø  Motivasi jenis ini merupakan dorongan luaran dengan tujuan menggerakkan orang untuk melakukan sesautu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya.
Ø  Motivasi ini boleh dirangsangkan dalam bentuk memberi pujian, insentif,hadiah,gred,dan membentuk suasana dan iklim persekitaran yang kondusif untuk mendorongkan murid  belajar.
Ø  Motivasi Ekstrinsik amat menekankan pada ganjaran kerana melalui ganjaran ini akan mendorong sesuatu tingkah laku yang diingini berlaku secara berterusan.
o   Contohnya belajar bersungguh untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
o   Menyiapkan kerja sekolah supaya diberi pujian oleh guru.
Apakah kepentingan motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran?
  1. Diwujudkan akibat keperluan fisiologi dan psikologi.
  2. Aras motivasi adalah kadar terus mengikut kadar keinginan
  3. Tidak diwarisi dan tidak wujud secara semulajadi.
  4. Merupakan suatu inisiatif untuk mencapai sesuatu matlamat yang ditentukan.

Bagaimanakah seseorang guru dapat meningkatkan motivasi murid-murid di dalam bilik darjah?

Motivasi ditakrifkan sebagai satu alternatif daripada luaran ataupun motif daripada dalaman yang dapat menggerakkan  seorang individu untuk melakukan sesuatu tingkahlaku.  Seseorang guru dapat meningkatkan motivasi murid-murid disekolah dengan cara-cara berikut:
  1. Memenuhi semua keperluan murid
Seorang guru mesti memastikan  ia memenuhi semua keperluan fisiologi dan psikologi murid-muridnya.
Keperluan-keperluan ini,  merangkumi aspek-aspek seperti makanan, kebersihan, keselamatan, pernafasan, kebebasan, perhatian, dan pengiktirafan serta pujian yang diberikan kepada murid-murid dalam bilik darah.  Guru juga mesti memastikan yang dia membina hubungan yang positif dengan setiap muridnya.

  1. Menjelaskan objektif/ matlamat sesuatu pengajaran
Seorang guru mesti membantu murid memahami ekspektasi atau jangkaan hasil pembelajaran dalam setiap sesi pengajarannya
Dia mesti menjelaskan kepada murid objektif atau matlamat pengajaran untuk setiap tajuk yang diajarnya.
Dengan cara ini, pemikiran murid-murid dapat memfokus kepada isi-isi penting yang disampaikan oleh guru kerana mereka sudah pun jelas tetang objektif pengajaran dan pembalajaran.

  1. Memberi peneguhan yang bermakna dan berkesan
Guru mesti ada kebolehan untuk memberikan peneguhan yang bermakna dan berkesan kepada murid-muridnya.
Guru juga mesti memastikan yang dia dapat  memberikan  peneguhan yang sesuai dengan personaliti dan tingkahlaku setiap muridnya.


  1. Membantu murid menetapkan matlamat yang realistik untuk di capai.
Seorang guru mesti menjalankan projek-projek dan aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan tahap pencapaian dan aras kognitif murid-murid.
Tindakan-tindakan ini akan menimbulkan rasa kejayaan dan murid-murid akan rasa lebih terdorong untuk membuat tugas-tugas pembelajaran seterusnya yang diberikan oleh guru.

  1. Menimbulkan minat dan perasaan ingin tahu murid
Guru mesti menimbulkan minat dan perasaan ingin tahu yang merupakan naluri semulajadi setiap individu. 
Guru mesti memastikan bahawa dia dapat menimbulkan perasaan ingin tahu  ini seta meningkatkan penglibatan murid ke tahap yang paling optima di dalam bilik darjah.
Guru juga boleh meningkatkan motivasi intrinsik murid melalui aktiviti-aktiviti penerokaan dan inkuiri( penemuan).

  1. Unsur suspen dan kecindan
Guru mesti mengaplikasikan pemikiran kreatif dan kritis serta memikirkan  aktiviti-aktiviti yang berlainan dan penuh suspen dalam merancangkan langkah-langkah pengajarannya.
Guru juga harus menggunakan unsur kecindan semasa mengajar  untuk  menimbulkan rasa seronok dikalangan muridnya. 

  1. Mempelbagaikan aktiviti yang diminati murid
Guru juga perlu memastikan kepelbagaian strategi pengajarannya dengan menggunakan kaedah, strategi dan teknik-teknik  pengajaran yang berlainan seperti lakonan, permainan, projek, perbahasan,  simulasi, demontrasi,  bercerita dan sebagainya.
Guru juga perlu mengintegrasikan komputer dan internet serta aplikasi-aplikasinya seperti jaringan web sedunia, kumpulan berita dan senarai mel dan proses pengajaran  dan pembelajaran untuk perhatian murid.

  1. Mengwujudkan aktiviti persaingan
Untuk meningkatkan lagi motivasi intrinsik dikalangan muridnya,  guru perlu mengadakan aktiviti  persaingan dengan menggunakan strategi dan kaedah  pengajaran seperti kuiz,  pertandingan dan ujian ringkas.

  1. Mengwujudkan suasana bilik darjah yang positif
Guru mesti mengwujudkan satu suasana bilik darjah yang positif serta kemas dan teratur kerana ini dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Sebuah bilik darjah yang positif juga mesti bebas dari segala jenis ketegangan. 
Proses pembelajaran mesti berlaku dalam keadaan yang menarik dan guru perlu mengelak daripada menggunakan peneguhan negatif seperti denda dan kata-kata kesat.

  1. Menarik perhatian murid
Guru perlu kreatif dan inovatif dalam memikirkan idea-idea pengajaran. 
Suara guru, cara pertuturan guru dan gerak geri guru dalam bilik darjah juga mesti dapat menarik perhatian murid.
Alat bantu mengajar yang canggih seperti komputer dan alat pasndang dengar dan visual yang diintegrasikan  dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat memotivasikan murid untuk belajar.

  1. Mengamalkan prinsip motivasi entrisik
Guru oleh menggunakan peneguhan entrinsik atau luaran untuk mengukuhkan lagi tingkahlaku positif dalaman murid-muridnya.
Guru boleh memberikan hadiah, bintang, dan pujian ntuk meningkatkan prestasi akademik murid-muridnya. 


Bincangkan   2 Pendekatan Teori Pembelajaran yang berhubungkait dengan   dengan Motivasi

Ø  Teori Hirarki Keperluan Maslow

*      Motivasi yang disebut dalam Teori Keperluan sebenarnya ialah motivasi intrinsik iaitu satu kuasa dalaman yang berada dalam perkembangan fisiologikal dan psikologikal manusia
*      Apabila individu telah mendapat kepuasan dalam sesuatu hirarki, keperluan dalam hirarki yang lebih tinggi akan berlaku secara semulajadi.
*      Mengikut Maslow individu yang mempunyai potensi untuk mengambil inisiatif sendiri dengan tujuan mendapat kepuasan dalam hirarki yang lebih tinggi.

Ø  Teori Behavioris

*      Mazhab behavioris berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.
*      Kajian mereka menunjukkan perubahan tingkah laku dapat dikekalkan dengan menggunakan motivasi yang sesuai
*      Sesuatu rangsangan diikuti dengan perasaan kepuasan akan mengekalkan pengulangan tingkah laku.
*      Untuk mengekalkan pengulangan tingkahlaku yang diingini ,mereka cadangkan penggunaan ganjaran,insentif dan peneguhan sebagai motivasi dalam proses pembelajaran.
*      Tokoh-tokoh Behavioris yang mengaitkan motivasi ialah Thorndike dan Skinner
*      Thorndike merumuskan bahawa ganjaran menggalakkan haiwan dan manusia melakukan sesuatu gerak balas  manakala denda akan menghalang manusia daripada melakukan sesuatu.
*      Skinner merumuskan bahawa peneguhan positif ialah rangsangan penting untuk menambagkan kebarangkalian gerak balas pelajar manakala peneguhan negative membawa kesan yang tidak menyeronokkan akan mengulangi tingkalaku operan yang diingini.

Jelaskan implikasi motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran

§  Membantu pencapaian objektif pembelajaran.
§  Menggalakkan semangat persaingan yang sihat.
§  Menghasilkan suasana pembelajaran yang
       menggembirakan.
§  Menimbulkan dan mengekalkan minat murid.
§  Menarik perhatian murid.
§   Menimbulkan perasaan ingin tahu.
§  Menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

No comments:

Post a Comment