Sunday 5 August 2012

Pemikiran(Soalan dan Jawapan)

GAYA PEMIKIRAN

Soalan 1
a.    Nyatakan definisi  tentang konsep  pemikiran.?
b.    Apakah jenis-jenis pemikiran yang anda tahu?

Jawapan (a)
i.              Pemikiran merupakan proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia.
ii.            Dewey (1910) Menghuraikan pemikiran sebagai aktiviti mental dalam sesuatu proses untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
iii.           Guilford (1967) berpendapat pemikiran merupakan sesuatu jenis kebolehan atau keupayaan. Ia merupakan pelbagai kemahiran berfikir.
iv.           Mayor (1977) mentafsirkan pemikiran sebagai pengelolaan operasi-operasi mental dalam sistem kognitif dan digunakan untuk menyelesaikan masalah.

Jawapan (b)
Jenis-jenis pemikiran:
i.              Pemikiran kritis
ii.            Pemikiran kreatif
iii.           Pemikiran penaakulan
iv.           Pemikiran induktif
v.            Pemikiran deduktif
vi.           Pemikiran divergen
vii.          Pemikiran konvergen
viii.        Pemikiran reflektif




Soalan 2
Takrifkan secara ringkas jenis-jenis pemikiran berikut :-
a.    Pemikiran Kritis
b.    Pemikiran Penaakulan
c.    Pemikiran Kreatif

Jawapan
A.   Pemikiran Kritis
·               Pemikiran jenis ini berlaku dalam situasi yang memerlukan seseorang membuat keputusan berdasarkan analisis serta penilaiannya terhadap sesuatu masalah yang dihadapinya.

B.   Pemikiran Penaakulan
·               Dikenali juga sebagai pemikiran logical dimana ianya berlaku dalam situasi yang memerlukannya membuat inferens atau kesimpulan berdasarkan fakta, teori atau hokum yang sedia ada. Pemikiran penaakulan biasanya diklasifikasikan kepada pemikiran induktif dan pemikiran deduktif.

C.   Pemikiran Kreatif
·               Pemikiran ini merupakan suatu pemikiran yang berupaya memikirkan apa yang belum dapat difikirkan oleh orang lain. Pemikiran kreatif juga ditakrifkan sebagai operasi berfikir yang dapat mengembangkan idea atau mencipta idea, hasil, metafora, anaogi dan definisi ataupun mereka cipta sesuatu yang baru.
·               Melalui penggunaan pemikiran kreatif, pelbagai kemungkinan penyelesaian dapat dihasilkan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.


Soalan 3
Pemikiran penaakulan biasanya diklasifikasikan kepada pemikiran induktif dan pemikiran deduktif. Terangkan secara ringkas beserta rajah yang menunjukkan proses pemikiran berikut :-
d.    Pemikiran secara induktif
e.    Pemikiran secara deduktif

Jawapan:
A.   Pemikiran secara induktif
·               Melibatkan aktiviti memerhati, mengkaji dan mentafsirkan maklumat-maklumat atau data berdasarkan pengalaman, pengetahuan, teori dan hokum yang sedia ada, kemudian membuat kesimpulan atau generalisasi daripada tafsiran ciri-ciri data tersebut.

Maklumat-maklumat
(data)
Memerhati, mengkaji, mengenal pasti, mentafsir
Membuat kesimpulan / generalisasi
 





B.   Pemikiran secara deduktif
·               Aktiviti bermula dengan menggunakan rumus, kesimpulan, prinsip, hukum, teorem ataupun peraturan untuk menentukan penyelesaian situasi bermasalah atau aplikasi yang khusus.

Pemilihan heneralisasi, prinsip atau teori yang telah diketahui
Menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis atau aplikasi.
Pendedahan masalah atau hipotesis
 

                                                                               










Soalan 4
Banding bezakan antara dua jenis kemahiran berfikir berikut :-
f.     Kemahiran berfikir secara kritis
g.    Kemahiran berfikir secara kreatif

Jawapan

Kemahiran berfikir secara kritis

Kemahiran berfikir secara kreatif

  • Membanding dan membezakan
  • Mengkategorikan
  • Mencirikan
  • Menghuraikan
  • Menyusun megikut tertib, kronologi atau keutamaan
  • Menaakul
  • Menganalisis
  • Merumuskan dan meramal
  • Membuat inferens
  • Menilai maklumat dan inferens

  • Menjana dan menghasilkan idea
  • Membuat hipotesis
  • Meramal perkara baru
  • Mensintesis
  • Menghubungkait
  • Mencipta metafora, analogi atau definisi
  • Mereka cipta
  • Mengarang
  • Melukis






Soalan 5
Menurut Roger Sperry (1981), kedua-dua bahagian otak manusia mempunyai fungsi-fungsi berfikir. Nyatakan fungsi bagi :
a) Otak kiri
b) Otak kanan

Jawapan
a) Bahagian otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis, urutan atau susunan, bahasa, fakta, matematik dan ingatan. Ini menunjukkan bahawa otak kiri berfungsi sebagai berfikir secara kritis.

b) Bahagian otak kanan pula mempunyai kemahiran dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk seperti corak, pola, ruang, lukisan, gambar di samping perasaan irama, muzik dan imaginasi. Ini menunjukkan otak kanan berfungsi sebagai kemahiran berfikir secara kreatif.


Soalan 6
Berikut gambarajah  bahagian-bahagian otak manusia.


Jelaskan secara ringkas kemahiran berfikir yang terdapat pada otak kiri dan otak kanan.

Jawapan
Kedua-dua bahagian ini mempunyai kemahiran berfikir yang berbeza. Otak kiri berfungsi sebagai berfikir secara kritis. Bahagian otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis, urutan atau susunan, bahasa, fakta, matematik dan ingatan. Otak kanan berfungsi sebagai kemahiran berfikir secara kreatif. Bahagian otak kanan pula mempunyai kemahiran dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk seperti corak, pola, ruang, lukisan, gambar di samping perasaan irama, muzik dan imaginasi.Oleh itu untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak hendaklah dikembangkan secara seimbang dengan pelbagai aktiviti pembelajaran yang bercorak kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.


Soalan 7
Apakah kepentingan kemahiran berfikir dalam kehidupan manusia?

Jawapan
Keupayaan berfikir adalah ciri khas yang membezakan antara manusia dan haiwan di alam persekitaran.  Kemahiran berfikir amat penting bagi membolehkan kita memahami tanda-tanda atau fenomena alam dan kendiri serta membolehkan kita menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk penyesuaian kehidupan, berdikari, kemajuan diri serta pembangunan negara.


Soalan 8
Pemikiran konvergen dan divergren merupakan jenis pemikiran daripada konsep daya intelek.  Pemikiran ini adalah berkaitan dengan daya fikir.

A.     Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran konvergen ?


Jawapan
-          Satu daripada jenis daya fikir.
-          menggunakan pengetahuan sedia ada dan intergrasi logik dan susunan untuk menghasilkan idea atau jawapan.
-          penyelesian masalah diselesaikan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada.
-          semasa proses berfikir pemikiran ini menggunakan cara analisis, keadah induktif, serta deduktif untuk membuat kesimpulan.

B.     Apakah yang anda faham mengenai pemikiran divergen ?

Jawapan
-          berfikiran secara kreatif untuk mencari idea baru.
-          menggunakan unsur intuisi dan celek akal untuk menyelesaikan masalah.


Soalan 9
Bagaimanakah seorang guru memainkan peranan untuk meningkatkan kemahiran berfikir. Huraikan.

Jawapan
-          Menggunakan teknik menyoal dengan menggunakan soalan bertumpu dan soalan bercapah.
-          mengadakan perbincangan di antara pelajar dalam sesuatu kumpulan untuk menyelesaikan satu isu.
-          membimbing pelajar supaya mempertimbangkan semua faktor dalam proses pilihan atau semasa membuat keputusan.
-          membimbing pelajar meninjau sesuatu idea dari sudut pandangan orang lain.
-          membimbing pelajar supaya memahami dan membentuk tujuan dan objektif tentang sesuatu perkara.

No comments:

Post a Comment