MURID DAN ALAM BELAJAR
TOPIK 1: ALAM BELAJAR BERMAIN
Main mempunyai unsur kesukarelaan, motivasi intrinsik, melibatkan penglibatan ahli dan pergerakan fizikal yang aktif serta mempunyai kualiti yang melibatkan imaginasi (Pellegrini, 1995)
Kepentingan bermain:
Menurut Piaget (1962), kanak-kanak bermain kerana :
Kepentingan bermain:
Menurut Piaget (1962), kanak-kanak bermain kerana :
· Meluahkan idea, perasaan dan emosi
· Tenang dan beriadah
· Menggunakan tenaga yang berlebihan
· Menyediakan diri untuk tahap perkembangan seterusnya termasuk alam dewasa
· Belajar menyelesaikan masalah yang pelbagai (kognitif, manipulatif, sosial) yang menyumbang kepada perkembangan intelek
· Melibatkan pembelajaran merentasi tiga domain : kognitif, psikomotor dan sosial
· Membudayakan proses pembelajaran
· Pembentukan jati diri, ketrampilan diri dan nilai murni
Kepentingan bermain bagi perkembangan fizikal:
· Menggerakkan psikomotor
· Meningkatkan kemahiran fizikal – berlari, melompat, memanjat
· Meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria – bau, sentuh
· Meningkatkan kemahiran manipulatif – mencantum, melukis, menampal
· Meningkatkan kemahiran mengimbang – renang, kawal pernafasan
Kepentingan bermain bagi perkembangan sosioemosi:
· Belajar berinteraksi secara positif
· Belajar menghormati hak orang lain
· Menghargai alam sekitar
· Menghormati nilai budaya
Kepentingan bermain bagi perkembangan kognitif:
· Mendengar
· Berbahasa
· Membaca
· Berbincang
· Berlakon
Secara ringkas, kepentingan bermain adalah :
· Belajar konsep
· Meningkatkan keupayaan kognitif
· Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan kreatif
· Memenuhi perasaan ingin tahu melalui penerokaan
· Membantu dalam menyelesaikan masalah
· Membina kemahiran sosial
· Memahami dunia sekeliling
· Mempelajari bahasa
· Membantu murid mengatasi perasaan bimbang dan tertekan
· Membina kemahiran kendiri yang positif
· Memupuk sikap tanggungjawab
· Mempelajari peranan orang dewasa
Kategori Main:
Permainan Sosial:
· Bermaksud permainan yang dimainkan secara kumpulan
· Berlaku secara berperingkat dalam perkembangan kanak-kanak ke arah mencapai kematangan bermasyarakat
Permainan Sosial
Jenis-jenis :
· Main Unoccupied – tidak bermain dengan apa-apa alatan tetapi hanya berada dalam kawasan permainan
· Main Solitary – bermain seorang diri tanpa menghirau orang lain
· Main Onlooker – memerhati rakan-rakan bermain
· Main Parallel – bermain sendirian,menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakan serta tanpa berbincang, kongsi alat main sendiri
· Main Associative – bermain sendirian tetapi berinteraksi, bertanya dan meminjam alatan dengan rakan
· Main Cooperative – bermain dan bekerjasama dalam kumpulan
Jenis permainan kognitif :
Main simbolik
- menggunakan imaginasi dan main peranan
- gunakan objek atau peranan yang mewakili objek atau peranan sebenar - belajar tentang peranan masa depan, menyelesaikan masalah, menghayati nilai moral dan budaya
Main berfungsi
- melibatkan gerak balas aktiviti otot spt. membaling, melontar, mengetuk
- menggunakan alat spt. Kotak, kayu, bola
- mempunyai ciri pengulangan, manipulasi, peniruan, penerokaan
Main konstruktif
- melibatkan pembinaan pengetahuan dan mengenali dunia
- guna bahan untuk hasilkan ciptaan atau kreativiti
- alat yang digunakan bukan dalam keadaan asli ttp. Untuk membina sesuatu yang lain
Main berperaturan
- permainan formal yang melibatkan peraturan yang ditetapkan
- peraturan juga boleh dicipta sendiri secara bersama
- peraturan boleh diubahsuai mengikut lokasi atau daerah
- memperkembangkan kanak-kanak dari aspek sosial dan emosi spt. mematuhi peraturan, mengambil giliran, menghormati rakan, berkomunikasi, berkompromi dsb.
Secara ringkas, ciri-ciri main adalah :
· Penglibatan aktif
· Motivasi intrinsik
· Bebas untuk memilih
· Menyeronokkan
· Melibatkan proses penyesuaian
· Penerokaan
· Simulasi