Friday 20 July 2012

EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR

MURID DAN ALAM BELAJAR

TOPIK 1:  ALAM BELAJAR BERMAIN

Main mempunyai unsur kesukarelaan, motivasi intrinsik, melibatkan penglibatan ahli dan pergerakan fizikal yang aktif serta mempunyai kualiti yang melibatkan imaginasi (Pellegrini, 1995)
Kepentingan bermain:
Menurut Piaget (1962), kanak-kanak bermain kerana :
·         Meluahkan idea, perasaan dan emosi
·         Tenang dan beriadah
·         Menggunakan tenaga yang berlebihan
·         Menyediakan diri untuk tahap perkembangan seterusnya termasuk alam dewasa
·         Belajar menyelesaikan masalah yang pelbagai (kognitif, manipulatif, sosial) yang menyumbang kepada perkembangan intelek
·         Melibatkan pembelajaran merentasi tiga domain : kognitif, psikomotor dan sosial
·         Membudayakan proses pembelajaran
·         Pembentukan jati diri, ketrampilan diri dan nilai murni

Kepentingan bermain bagi perkembangan fizikal:
·         Menggerakkan psikomotor
·         Meningkatkan kemahiran fizikal – berlari, melompat, memanjat
·         Meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria – bau, sentuh
·         Meningkatkan kemahiran manipulatif – mencantum, melukis, menampal
·         Meningkatkan kemahiran mengimbang – renang, kawal pernafasan

Kepentingan bermain bagi perkembangan sosioemosi:
·         Belajar berinteraksi secara positif
·         Belajar menghormati hak orang lain
·         Menghargai alam sekitar
·         Menghormati nilai budaya

Kepentingan bermain bagi perkembangan kognitif:
·         Mendengar
·         Berbahasa
·         Membaca
·         Berbincang
·         Berlakon

Secara ringkas, kepentingan bermain adalah :
·         Belajar konsep
·         Meningkatkan keupayaan kognitif
·         Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan kreatif
·         Memenuhi perasaan ingin tahu melalui penerokaan
·         Membantu dalam menyelesaikan masalah
·         Membina kemahiran sosial
·         Memahami dunia sekeliling
·         Mempelajari bahasa
·         Membantu murid mengatasi perasaan bimbang dan tertekan
·         Membina kemahiran kendiri yang positif
·         Memupuk sikap tanggungjawab
·         Mempelajari peranan orang dewasa

Kategori Main:
Permainan Sosial:
·         Bermaksud permainan yang dimainkan secara kumpulan
·         Berlaku secara berperingkat dalam perkembangan kanak-kanak ke arah mencapai kematangan bermasyarakat

Permainan Sosial
Jenis-jenis :
·         Main Unoccupied – tidak bermain dengan apa-apa alatan tetapi hanya berada dalam kawasan permainan
·         Main Solitary – bermain seorang diri tanpa menghirau orang lain
·         Main Onlooker – memerhati rakan-rakan bermain
·         Main Parallel – bermain sendirian,menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakan serta tanpa berbincang, kongsi alat main sendiri
·         Main Associative – bermain sendirian tetapi berinteraksi, bertanya dan meminjam alatan dengan rakan
·         Main Cooperative – bermain dan bekerjasama dalam kumpulan

Jenis permainan kognitif :
Main simbolik
- menggunakan imaginasi dan main peranan
- gunakan objek atau peranan yang mewakili objek atau peranan sebenar - belajar tentang peranan masa depan, menyelesaikan masalah, menghayati nilai moral dan budaya
Main berfungsi
- melibatkan gerak balas aktiviti otot spt. membaling, melontar, mengetuk
- menggunakan alat spt. Kotak, kayu, bola
- mempunyai ciri pengulangan, manipulasi, peniruan, penerokaan
Main konstruktif
- melibatkan pembinaan pengetahuan dan mengenali dunia
- guna bahan untuk hasilkan ciptaan atau kreativiti
- alat yang digunakan bukan dalam keadaan asli ttp. Untuk membina sesuatu yang lain
Main berperaturan
- permainan formal yang melibatkan peraturan yang ditetapkan
- peraturan juga boleh dicipta sendiri secara bersama
- peraturan boleh diubahsuai mengikut lokasi atau daerah
- memperkembangkan kanak-kanak dari aspek sosial dan emosi spt. mematuhi peraturan, mengambil giliran, menghormati rakan, berkomunikasi, berkompromi dsb.
Secara ringkas, ciri-ciri main adalah :
·         Penglibatan aktif
·         Motivasi intrinsik
·         Bebas untuk memilih
·         Menyeronokkan
·         Melibatkan proses penyesuaian
·         Penerokaan
·         Simulasi

No comments:

Post a Comment